Category Ranking History

Review Breakdown

Ad Intelligence on 0 Networks

ASO Keywords

Keyword Rank
running app 1
sleep 2
meet 3
fitness 4
google fit 5

Downloads

Jul, 2020
Worldwide

Revenue

Jul, 2020
Worldwide

Screenshots

Description

Jalani kehidupan lebih sihat dan lebih aktif dengan Google Fit! Sukar untuk mengetahui jumlah dan jenis aktiviti yang anda perlukan untuk kekal sihat. Itulah sebabnya Google Fit bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persatuan Jantung Amerika (AHA) untuk membawakan Mata Kardio, iaitu matlamat aktiviti yang dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan anda. Aktiviti yang dapat mengepam jantung anda lebih kuat memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa untuk jantung dan minda anda. Anda akan memperoleh satu Mata Kardio untuk setiap minit aktiviti sederhana seperti mempercepat langkah apabila anda berjalan dan dua mata untuk aktiviti lebih berat seperti berlari. Anda hanya perlu berjalan pantas selama 30 minit untuk lima hari dalam seminggu bagi mencapai jumlah aktiviti fizikal yang disyorkan oleh AHA dan WHO yang terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesejahteraan mental secara keseluruhan. Google Fit juga akan membantu anda: LIHAT SENAMAN ANDA Dapatkan cerapan dan lihat statistik seperti kadar denyut jantung, kelajuan, langkah, laluan dan pelbagai lagi untuk aktiviti larian, berjalan dan berbasikal anda. PANTAU MATLAMAT ANDA Lihat kemajuan harian anda berhubung Mata Kardio dan langkah. Adakah anda mencapai matlamat anda sepanjang masa? Laraskan matlamat anda dengan mudah untuk terus mencabar diri bagi mendapatkan jantung dan minda yang sihat. PASTIKAN SETIAP PERGERAKAN DIKIRA Semua aktiviti fizikal dapat membantu anda menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dengan Google Fit anda dapat menjejaki semuanya di satu tempat. Lakukan aktiviti dengan apl dan peranti kecergasan kegemaran anda, Google Fit akan membina jurnal aktiviti anda. Bagi memastikan Fit tidak tertinggal walau satu senaman, anda boleh menambahkan sebarang aktiviti yang tidak dijejaki oleh apl lain secara manual - daripada Aerobik kepada Zumba! HUBUNGKAN DENGAN APL DAN PERANTI KEGEMARAN ANDA Google Fit boleh menunjukkan maklumat kepada anda daripada pelbagai apl dan peranti kegemaran anda yang serasi dengan Apple Health untuk memberikan pandangan holistik tentang kesihatan anda supaya anda tidak akan kehilangan jejak kemajuan anda. Apl dan peranti ini termasuklah Lifesum, Runkeeper, Strava, MyFitnessPal, Headspace dan pelbagai lagi. DAFTAR MASUK PADA BILA-BILA MASA, DARI MANA-MANA SAHAJA Lihat gambar sejarah aktiviti anda di Google Fit dan apl bersepadu dalam jurnal anda. Ketahui lebih lanjut tentang Google Fit dan lihat senarai apl yang disokong di: https://www.google.com/fit

0 Installed SDK

Reviews

Try MobileAction free for a week!

No credit card required.