Category Ranking History

Kardiograf Category Rankings

Review Breakdown

Ad Intelligence on 0 Networks

ASO Keywords

Keyword Rank
denyutan jantung 1
heart rate 2
senaman 3
nadi 4
kadar 5

Downloads

Jul, 2020
Worldwide

Revenue

Jul, 2020
Worldwide

Screenshots

Description

Cardiograph merupakan cara yang pantas dan boleh dipercayai untuk mengukur kadar denyutan anda di iPhone dan iPad. Dengan hanya menggunakan kamera terbina dalam peranti anda — tanpa memerlukan perkakasan tambahan — membolehkan anda memantau ritma jantung anda di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Rekod sejarah yang terperinci dan keupayaan untuk disegerakkan, tag, kongsi dan cetak pengukuran individu menjadikan ia alat yang versatil untuk memantau kesihatan kardiovaskular anda. * Keputusan Tepat, Hampir Serta-Merta Mempunyai cara yang pantas dan mudah untuk mengetahui berapa cepat jantung anda berdenyut banyak kegunaannya — daripada memperbaiki rejim senaman anda hinggalah pemantauan berterusan keadaan jantung anda, atau sekadar suka-suka. Cardiograph menjadikan ianya mudah, dengan keputusan yang tepat dalam beberapa saat. * Reka Bentuk Kemas, Ringkas Reka bentuk yang minimalis dan intuitif menunjukkan kesemuanya kepada anda dengan sekali pandang dan menjadikan Cardiograph mudah difahami dan senang digunakan oleh semua orang. * Sejarah Terperinci Simpan pengukuran anda (termasuk denyutan jantung setiap individu!) untuk rujukan masa akan datang atau untuk berkongsi dengan keluarga atau profesional penjagaan kesihatan. Anda juga boleh menambah pada setiap pengukuran bergantung kepada intensiti senaman atau tahap aktiviti anda. * Eksport & Kongsi Pengukuran Anda Setiap pengukuran boleh dikongsi, dieksport sebagai fail PDF bahkan boleh dicetak secara terus daripada aplikasi. Jika anda mempunyai aplikai terdahulu kami, Cardiograph Classic, anda boleh memindahkan semua pengukuran anda kepada aplikasi baharu dengan beberapa ketikan. * Direka bentuk untuk iPhone & iPad Cardiograph merupakan aplikasi asli yang memanfaatkan ciri istimewa iPhone & iPad seperti kamera yang unggul, 3D Touch (jika ada) dan sokongan untuk penyegerakan dengan aplikasi Apple Health (jika ada). PENTING: Aplikasi ini, walaupun cukup tepat, tidak bertujuan sebagai pengganti untuk peralatan perubatan profesional penjagaan berkelayakan. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai keadaan jantung anda, sila berunding dengan doktor atau pakar perubatan anda. Jika anda menghadapi masalah dengan Cardiograph, lihat bahagian “Banyak Lagi” dalam aplikasi atau hubungi kami di e-mel sokongan kami dan kami akan membantu anda. Berhubunglah dengan kami dan ikuti perkembangan terkini mengenai aplikasi kami: http://www.facebook.com/macropinch http://twitter.com/macropinch

0 Installed SDK

Reviews

Try MobileAction free for a week!

No credit card required.