Category Ranking History

LinkedIn Category Rankings

Review Breakdown

Ad Intelligence on 4 Networks

Ad network creative preview
Network Facebook
Media Type Video
First Seen 214 days ago
Last Seen 5 days ago
Creative Count 76

ASO Keywords

Keyword Rank
in 1
link 2
linkedin 3
job 4
ig 5

Downloads

Jan, 2023
Worldwide

Revenue

Jan, 2023
Worldwide

Screenshots

Description

Gunakan LinkedIn untuk menavigasi kerjaya anda dengan keyakinan--sama ada anda ingin mencari pekerjaan baharu, mengekalkan hubungan dengan rangkaian anda atau mengikuti perkembangan terkini kenalan anda dan industri anda. Dapatkan aplikasi untuk mengakses ciri dan kefungsian penuh LinkedIn pada bila-bila masa, walau di mana-mana jua. Sebab anda akan menyukai aplikasi LinkedIn: 1. Tinjau dan dapatkan cadangan pekerjaan yang sesuai. Buat permohonan yang mudah kepada jutaan jawatan kosong terus daripada aplikasi. 2. Terima peringatan untuk mengikuti perkembangan perbualan aktif, berita terkini dan peluang baharu. 3. Gunakan Cari Orang Berhampiran dan ciri pengimbas kod QR untuk mencari dan berhubung dengan orang yang anda bertemu. PROFIL ANDA • Gunakan profil LinkedIn anda sebagai resume maya • Serlahkan pencapaian, tanggungjawab dan pengalaman anda • Tambah gambar untuk membantu orang yang anda kenal dan bakal majikan anda menemui anda RANGKAIAN ANDA • Cari rakan, rakan sekelas dan rakan sekerja untuk ditambahkan pada rangkaian anda • Lihat kemas kini pada aktiviti mereka dan berhubung melalui aplikasi untuk mengekalkan hubungan • Ikuti syarikat, orang yang berpengaruh dan topik yang anda berminat CARIAN PEKERJAAN • Cari dan mohon kepada jutaan peluang kerjaya • Muat naik dan hantar resume anda dengan mudah bagi pekerjaan yang sesuai • Simpan carian dan buat peringatan untuk mengetahui peluang baharu • Hubungi kenalan di syarikat yang anda berminat untuk meminta rujukan dan nasihat demi meningkatkan peluang kejayaan anda BERITA DAN KANDUNGAN TERKINI • Kongsi artikel, komen dan pengetahuan dengan rangkaian anda • Ketahui tentang perkembangan terkini dalam industri anda dengan kandungan terkumpul • Ikuti hashtag untuk menerima kemas kini terkini bagi topik yang penting untuk anda DAPATKAN MANFAAT LANJUT LINKEDIN MELALUI PENGGUNAAN APLIKASI • Cari orang berhampiran: membolehkan anda berhubung dengan orang dalam lingkungan kawasan anda • Pengimbas kod QR: kongsi kod unik anda agar orang lain boleh berhubung dengan anda secara pantas • Notifikasi tolak: ketahui dengan serta-merta apabila seseorang memberi respons atau ingin berhubung Sama ada anda ingin mencari pekerjaan baharu, berkongsi pengetahuan anda, membina reputasi profesional anda atau cuma menginginkan cara yang ringkas untuk mengekalkan hubungan, mulakan dengan aplikasi LinkedIn hari ini. Aplikasi LinkedIn boleh digunakan dan dimuat turun secara percuma. --------------------------- Ingin memanfaatkan LinkedIn? Nak taraf kepada langganan Premium untuk menikmati peralatan eksklusif untuk mencari pekerjaan, mengembangkan perniagaan anda, mencari prospek jualan atau mengambil pekerja yang berkelayakan dengan harga bermula serendah $29.99 sebulan hingga $119.95 sebulan. Langganan akan dibaharui setiap bulan secara automatik dan dikenakan caj pada akaun iTunes anda dalam tempoh 24 jam sebelum tempoh semasa tamat melainkan pembaharuan automatik dinyahaktifkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat. Anda boleh menyahaktifkan pembaharuan automatik pada bila-bila masa daripada tetapan akaun iTunes anda tetapi bayaran balik tidak akan diberikan untuk tempoh yang tidak digunakan. Harga ini adalah untuk pelanggan di Amerika Syarikat. Harga di negara lain mungkin berbeza dan caj sebenar mungkin ditukar kepada mata wang tempatan anda bergantung pada negara tempat tinggal anda. Dasar Privasi: https://www.linkedin.com/legal/privacy-policy Terma Perkhidmatan: https://www.linkedin.com/legal/user-agreement

0 Installed SDK

Reviews

Start for free - upgrade anytime!

No credit card required.