Category Ranking History

Mobile Legends: Bang Bang Category Rankings

Review Breakdown

Ad Intelligence on 1 Networks

Ad network creative preview
Network ad network icon AdMob
Media Type Video
First Seen 3 days ago
Last Seen 3 days ago
Creative Count 6

ASO Keywords

Keyword Rank
moba 1
legend 2
mobile 3
mobile legends 4
play games 5

Downloads

Nov, 2022
Worldwide

Revenue

Nov, 2022
Worldwide

Screenshots

Description

Sertai rakan-rakan anda dalam Mobile Legends: Bang Bang, sebuah MOBA 5V5 serba-baharu dan bertarunglah dengan pemain sebenar! Pilih wira kegemaran anda dan bentuk pasukan yang sempurna dengan rakan seperjuangan anda! Pemadanan perlawanan 10-saat, pertempuran 10-minit. Dimulai dengan penguasaan laluan, disertai perburuan, diikuti mengerah pasukan maju ke hadapan, seterusnya pertempuran berpasukan, setiap aspek menyeronokkan dalam MOBA dan permainan aksi di PC kesemuanya di tapak tangan anda! Ayuh nyalakan semangat e-Sukan anda! Mobile Legends Bang Bang, sebuah karya e-Sukan 2017 serba-baharu yang hebat bagi peranti mudah alih. Hancurkan pasukan musuh dengan hanya menggunakan jari anda dan rebut mahkota kejuaraan sebagai pencabar terkuat! Peranti mudah alih anda dahagakan pertempuran! Ciri-Ciri: 1. Peta MOBA Klasik, Pertempuran 5v5 Pertempuran masa nyata 5v5 menentang pemain sebenar. 3 laluan utama, 4 kawasan hutan, 2 makhluk bos, 18 menara pertahanan, dan pertarungan tanpa henti, kesemua yang terkandung dalam MOBA klasik ada di sini! 2. Menang Dengan Kerjasama Pasukan & Strategi Halang setiap kerosakan, kawal pihak musuh, dan pulihkan rakan sepasukan! Pilih dari Tank, Mage, Marksman, Assassin, Support, dan lain-lain lagi untuk melengkapkan pasukan anda dan menjadi MVP sesebuah perlawanan! Wira baharu juga dilancarkan secara berterusan. 3. Perlawanan Yang Adil, Pimpin Pasukan Anda Menuju Kemenangan Seperti MOBA klasik lain, tiada latihan wira diperlukan atau bayaran untuk sebarang kelebihan. Teknik dan strategi adalah segalanya yang anda perlukan untuk memenangi sesebuah persaingan sengit di platform yang adil dan seimbang ini. Main Untuk Menang, dan bukannya Bayar Untuk Menang. 4. Kawalan Ringkas, Mudah Untuk Dikuasai Berbekalkan butang kawalan arah di sebelah kiri dan butang teknik di sebelah kanan, hanya 2 jari yang anda perlukan untuk menjadi seorang pemain handalan! Sistem penguncian automatik dan penukaran sasaran membolehkan anda melakukan serangan akhir mengikut kemahuan anda. Jangan sesekali terlepas! Tambahan, sistem beli-dan-guna yang mudah membolehkan anda membeli kelengkapan di mana-mana sahaja di atas peta, justeru anda boleh terus fokus menghadapi kehangatan pertempuran! 5. Pemadanan Perlawanan 10 Saat, Perlawanan 10 Minit Pemadanan perlawanan hanya mengambil masa 10 Saat. Sesebuah perlawanan pula hanya memerlukan masa 10 minit. Tinggalkan fasa peningkatan tahap di awal permainan yang lengang, dan teruskan langkahan menuju pertempuran sengit. Masa penantian membosankan dan pengumpulan sumber berulang-ulang yang lebih singkat, manakala lebih banyak detik mencemaskan jiwa dan kemenangan yang mengujakan. Tanpa mengira tempat dan masa, cuma ambil telefon bimbit anda, lancarkan permainan, dan selami sepenuhnya diri anda ke dalam persaingan MOBA yang mendebarkan. 6. Bantuan AI Luar Talian Pintar Jaringan rangkaian yang tidak stabil membuatkan pasukan anda menderita ketika berhadapan perlawanan yang sengit, namun dengan sistem penyambungan semula Mobile Legends: Bang Bang yang hebat, anda mampu kembali beraksi semula dalam beberapa saat. Ketika anda berada di luar talian, sistem AI kami akan mengambil-alih watak anda buat sementara waktu bagi mengelakkan situasi 4 lawan 5. Hubungi Kami Anda boleh mendapatkan bantuan khidmat pelanggan melalui butang [Hubungi Kami] dalam permainan untuk membantu anda menyelesaikan apa-apa masalah yang anda hadapi ketika sedang bermain. Anda juga boleh mencari kami di platform-platform berikut. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan anda berkaitan Mobile Legends: Bang Bang. Emel Khidmat Pelanggan: [email protected] Instagram: @mobilelegendsgame Facebook: https://www.facebook.com/MobileLegendsGame YouTube: https://www.youtube.com/c/MobileLegends5v5MOBA Polisi Privasi: https://m.mobilelegends.com/en/newsdetail/475 Perjanjian Pengguna: https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/dev/stdeula/

0 Installed SDK

Reviews

Start for free - upgrade anytime!

No credit card required.