Category Ranking History

Tinder - Match. Chat. Bertemu. Category Rankings

Review Breakdown

Ad Intelligence on 4 Networks

Ad network creative preview
Network Facebook
Media Type Video
First Seen 3 days ago
Last Seen 2 days ago
Creative Count 194

ASO Keywords

Keyword Rank
tinder 1
wechat 2
tumblr 3
plato 4
tantan 5

Downloads

Mar, 2020
Worldwide

Revenue

Mar, 2020
Worldwide

Screenshots

Description

Dengan 30 bilion padanan sehingga kini, Tinder® adalah aplikasi paling popular di dunia untuk bertemu orang baru. Anggaplah kami sebagai peneman yang boleh anda harapkan—ke mana saja anda pergi, kami ada bersama. Jika anda di sini untuk bertemu orang baru, luaskan rangkaian sosial anda, temui orang-orang tempatan ketika mengembara, atau nikmati saja kehidupan sekarang, anda sudah berada di tempat yang betul. Kami dipanggil "aplikasi terhangat di dunia" atas satu sebab: kami mewujudkan lebih daripada 26 juta padanan sehari. Adakah aplikasi janji temu lain yang seperti kami? Padan. Sembang. Janji temu. Tinder begitu mudah dan menyeronokkan—gunakan ciri Leret ke Kanan™ untuk Suka seseorang, gunakan ciri Leret ke Kiri™ untuk abaikan. Jika seseorang menyukai anda kembali, Padanan Berjaya! Kami ciptakan pilih-masuk berganda supaya dua orang hanya akan padan apabila terdapat minat yang sama. Tiada tekanan. Tiada penolakan. Hanya ketik pada profil yang anda minati, sembang dalam talian dengan padanan anda, kemudian tinggalkan telefon anda, bertemu di dunia sebenar dan cetuskan sesuatu yang baru. Sekarang, mari kita mulakan. Dan ingat, jika ragu-ragu, Leret ke Kanan. Percayalah, lebih banyak pilihan yang anda ada, lebih baik hidup anda jadinya. Selamat datang ke Tinder—komuniti orang bujang yang terbesar dan terhangat di dunia. Jangan malu-malu, marilah. CIRI-CIRI YANG LEBIH BANYAK? ITU SATU TAMBAHAN Naik taraf ke Tinder Plus® untuk ciri-ciri premium, termasuk: Sukaan Tanpa Had supaya anda boleh gunakan ciri Leret ke Kanan sesuka hati anda, Pasport untuk bersembang dengan orang-orang bujang di mana sahaja di seluruh dunia, Putar Balik untuk memberi seseorang peluang kedua, satu Boost percuma setiap bulan untuk menjadi profil paling popular di kawasan anda selama 30 minit dan tambahan Super Like untuk menyerlahkan diri anda. DAPATKAN LAYANAN EMAS Naik taraf ke Tinder Gold™ untuk suatu pengalaman kelas pertama: Pasport, Putar balik, Sukaan Tanpa Had, lima Super Like sehari, satu Boost sebulan dan lebih kawalan profil. Tapi tunggu dulu, ada yang lebih baik. Jimatkan masa dan elakkan pencarian tanpa arah dengan ciri Sukaan Emas kami, yang membolehkan anda melihat siapa yang sukakan anda. Anggap ia sebagai penjaga Tinder peribadi anda—sedia berkhidmat sepanjang masa—membawakan kesemua padanan yang menunggu kepada anda. Sekarang anda boleh bersantai, menikmati minuman lazat dan melayari profil-profil mengikut keselesaan anda. Selamat tinggal keletihan mencari. Hello #GoldLife ----------------------------------- Jika anda memilih untuk membeli Tinder Plus atau Tinder Gold, bayaran akan dikenakan ke akaun iTunes anda, dan akaun anda akan dikenakan bayaran pembaharuan dalam tempoh 24 jam sebelum akhir tempoh semasa. Pembaharuan automatik boleh dihentikan pada bila-bila masa dengan pergi ke tetapan anda dalam iTunes Store selepas membuat pembelian. Harga langganan Tinder Plus semasa bermula dari $9.99 USD/bulan, dan pakej satu bulan, 6 bulan dan 12 bulan tersedia. Harga langganan Tinder Gold semasa bermula dari $14.99 USD/bulan, dan pakej satu bulan, 6 bulan dan 12 bulan tersedia. Harga adalah dalam dolar A.S, mungkin berbeza di negara-negara selain daripada A.S dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Pembatalan langganan semasa tidak dibenarkan dalam tempoh langganan aktif. Jika anda memilih untuk tidak membeli Tinder Plus atau Tinder Gold, anda boleh terus menggunakan Tinder secara percuma. Semua gambar adalah model dan digunakan untuk tujuan ilustrasi sahaja.

0 Installed SDK

Reviews

Try MobileAction free for a week!

No credit card required.