Category Ranking History

WeChat Category Rankings

Review Breakdown

Ad Intelligence on 0 Networks

ASO Keywords

Keyword Rank
line 1
chat 2
wechat 3
viber 4
beetalk 5

Downloads

May, 2020
Worldwide

Revenue

May, 2020
Worldwide

Screenshots

Description

WeChat adalah lebih daripada sekadar aplikasi pemesejan dan media sosial – ia adalah gaya hidup untuk satu bilion pengguna di seluruh dunia. Bersembang dan membuat panggilan dengan rakan-rakan, membaca berita dan menggunakan perkhidmatan tempatan dalam Akaun Rasmi dan Program Mini, bermain permainan yang menyeronokkan bersama rakan, menikmati ciri-ciri pembayaran mudah alih dengan WeChat Pay dan banyak lagi. Mengapakah satu bilion orang menggunakan WeChat? - LEBIH BANYAK CARA UNTUK BERSEMBANG: Mesej rakan menggunakan teks, foto, suara, video, perkongsian lokasi dan banyak lagi. Cipta sembang kumpulan sehingga 500 orang ahli. - PANGGILAN SUARA & VIDEO: Panggilan suara dan video berkualiti tinggi ke mana-mana sahaja di dunia. Buat panggilan video kumpulan sehingga 9 orang. - LOKASI MASA SEBENAR: Tidak mahir untuk menerangkan arah? Kongsi lokasi masa sebenar anda dengan menekan butang. - MOMENTS: Kongsi detik kegemaran anda. Siarkan foto, video dan banyak lagi pada strim Moments anda. - KAPSUL MASA (BARU!): Kongsikan hari anda sepintas lalu. Rakam video pendek untuk menyiarkan dalam Kapsul Masa anda sebelum ia hilang dalam masa 24 jam. - GALERI PELEKAT: Layari ribuan pelekat animasi yang menyeronokkan untuk membantu meluahkan diri anda dalam sembang, termasuk pelekat dengan watak kartun dan filem kegemaran anda. - PELEKAT TERSUAI (BARU!): Jadikan sembang lebih unik dengan pelekat tersuai dan ciri Pelekat Swafoto yang baru. - AKAUN RASMI: Ribuan akaun untuk diikuti dengan kandungan asli dan berita untuk keseronokan membaca anda. - PROGRAM MINI: Perkhidmatan pihak ketiga yang tidak terkira, semuanya dalam aplikasi WeChat yang tidak memerlukan pemasangan tambahan, menjimatkan storan telefon dan masa anda yang berharga. - CERITA MENARIK: Lihat artikel terkini yang rakan anda baca dan temui semua jenis kandungan yang menarik. - PERMAINAN: Berseronok dan bersaing dengan rakan dalam pelbagai Permainan Mini WeChat dan Permainan Tencent (*hanya tersedia di rantau tertentu). - WECHAT PAY: Nikmati ciri kemudahan pembayaran mudah alih yang terkemuka di dunia dengan WeChat Pay dan Wallet (*hanya tersedia di rantau tertentu). - WECHAT OUT: Buat panggilan ke telefon mudah alih dan talian tetap di seluruh dunia dengan kadar yang sangat rendah (*hanya tersedia di rantau tertentu). - WERUN: Gunakan data Healthkit dan aplikasi Health untuk menyegerakkan kiraan langkah pada WeRun, di mana anda boleh bersaing bersama rakan dengan melihat kedudukan bagi langkah harian. Aktifkan WeRun dalam "Tetapan" > "Umum" > "Pemalam". - SOKONGAN BAHASA: Digunakan dalam 20 bahasa yang berbeza dan boleh menterjemah mesej dan siaran Moments rakan. - PRIVASI LEBIH BAIK: Memberi tahap kawalan tertinggi ke atas privasi anda, WeChat adalah satu-satunya aplikasi pemesejan yang diperakui oleh TRUSTe. - DAN BANYAK LAGI: Bertemu orang di Radar Rakan, bersenam dengan rakan di WeRun, mengimbas kod QR dan banyak lagi.

0 Installed SDK

Reviews

Try MobileAction free for a week!

No credit card required.